TIP UNTUK TAMPIL BERGAYA DI HARI RAYA BAGI WANITA MEMPUNYAI BADAN BENTUK 'PEAR'

Ramai dikalangan wanita tidak pasti untuk kelihatan bergaya di hari raya. Mari saya kongsi beberapa tips untuk membuat anda lebih yakin dengan penampilan. Untuk sesi kali ini, saya kongsi tips untuk wanita yang mempunyai badan berbentuk pear.

Serlahkan bahagian tubuh yang cantik dan samarkan kekurangan. 

1. Bila memilih pakaian, sebaiknya nilai bentuk fizikal tubuh badan kita dahulu. Contohnya, jika bahagian pinggul anda merupakan bahagian yang paling lebar dan anda tidak selesa dengan kelebaran tersebut, pilih baju kurung yang berwarna cerah di atas dan warna gelap di bawah. Dengan ini anda mengubah fokus daripada pinggul anda kepada bahagian atas badan anda dan secara tidak langsung ia akan memberi kesamaran dengan kekurangan tersebut.

2. Untuk seimbangkan kelebaran, anda juga boleh menambah perincian di bahagian atas badan seperti tambah lace dibahagian dada, puff di lengan baju, ataupun menambah lapisan dengan rantai panjang.